Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kadar kematian maternal AS meningkat

    WASHINGTON, 17 MAC – Peratusan ibu yang meninggal dunia semasa hamil atau dalam tempoh 42 hari selepas kehamilan meningkat pada kadar yang membimbangkan pada 2021, menurut laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

    Laporan CDC yang diterbitkan kelmarin berdasarkan data daripada Sistem Statistik Vital Kebangsaan dan menunjukkan antara faktor kematian yang tinggi mungkin disebabkan pandemik COVID-19.

    Pada 2018, CDC merekodkan 3,791,712 kelahiran dan kematian 658 ibu mengandung atau kadar kematian 17.4 setiap 100,000 kelahiran, lapor UPI.

    Pada 2020, apabila wabak itu muncul, bilangan kelahiran menurun secara mendadak iaitu penurunan kepada kira-kira 3.6 juta bayi.

    Bagaimanapun, jumlah kematian maternal meningkat lebih daripada seratus untuk kadar kematian 23.8.

    Kadar kelahiran meningkat semula pada 2021 kepada 3,664,292 dan jumlah kematian turut meningkat kepada 1,205, mendorong kadar kematian sehingga 32.9.

    Dr Elizabeth Cherot, ketua pegawai perubatan dan kesihatan bayi dan ibu March of Dimes, memberitahu CNN bahawa COVID-19 bertanggungjawab terhadap peningkatan kadar kematian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda