Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kadar pelupusan kes jenayah, sivil meningkat

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Kadar pelupusan kes-kes jenayah di Mahkmah Majistret adalah sebanyak 80 peratus manakala bagi pelupusan kes-kes sivil pula adalah sebanyak 83 peratus.

    Laporan statistik itu telah dikongsikan oleh Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pembukaan Tahun Undang-undang 2024 yang berlangsung di Mahkamah Besar, hari ini.

    Dalam ucapan laporan beliau turut menjelaskan, kadar peratus itu meningkat dari tahun sebelumnya iaitu 77 peratus dan 63 peratus.

    Manakala dari segi masa yang diambil bagi penyampaian penghakiman bagi kes-kes jenayah adalah pada kadar 91.8 peratus sementara 80 peratus bagi urusan sivil telah disampaikan dalam sasaran antara sebulan hingga tiga bulan dari penutupan penyerahan.

    Beliau turut mengongsikan, jumlah kes sivil dan komersial yang telah difailkan di Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Perantaraan dan Mahkamah Majistret terus menunjukkan trend peningkatan sejak tahun 2022 selepas wabak COVID.

    Antara yang hadir semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    Jumlah perintah penerimaan dan perintah penghakiman yang difailkan, jelasnya, terus meningkat dengan jumlah 316 perintah penerimaan dan 129 perintah penghakiman yang telah difailkan pada tahun 2023.

    Semasa menyampaikan ucapan itu, Yang Amat Arif Dato Seri Paduka Steven Chong seterusnya mengongsikan laporan pembayaran komposisi dan dividen yang diisytiharkan bagi tahun 2023 adalah sebanyak $18,405,340.58 iaitu daripada 545 kes. Beliau juga mengumumkan bermula Januari 2024, Pejabat Penerima Rasmi akan melaksanakan sepenuhnya pembayaran komposisi dan dividen melalui transaksi dalam talian.

    Selain itu, pejabat berkenaan turut menyediakan beberapa bahan rujukan bagi orang ramai mengenai proses dan prosedur kebankrapan dan video mengenai langkah peringkat kebankrapan dalam laman sesawang kehakiman.

    Katanya lagi, Pejabat Pendaftaran Waris juga mencatat peningkatan ketara dalam jumlah permohonan yang diterima dan diluluskan, di mana pada tahun 2023, sebanyak 737 permohonan telah diterima untuk Surat Kuasa Mentadbir dengan 780 permohonan telah diluluskan.

    “Jumlah itu menurun berbanding dengan tahun sebelumnya di mana hanya menerima sebanyak 621 permohonan untuk Surat Kuasa Mentadbir dengan 375 permohonan telah diluluskan,” jelasnya.

    Pada tahun 2023 juga telah melihat jumlah permohonan pendaftaran perkahwinan dan petisyen perceraian sivil telah menurun dan jumlah kes jenayah yang tidak termasuk kes lalu lintas yang difailkan di Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan juga menunjukkan penurunan daripada 454 kes pada tahun 2022 kepada 361 kes pada tahun 2023.

    Manakala jumlah kes jenayah yang tidak termasuk kes lalu lintas yang telah difailkan di Mahkamah Majistret Daerah Tutong dan Kuala Belait mencatat peningkatan.

    Statistik juga menunjukkan perbicaraan dalam talian terus menjadi ciri mahkamah di mana pada tahun 2023, sebanyak 1,065 prosiding telah dijalankan dalam talian di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Perantaraan dan juga Mahkamah Majistret.

    “Kehakiman terus menggalakkan dan menyokong penggunaan pendengaran dalam talian untuk meningkatkan akses kepada keadilan dan memajukan kes dengan lebih cekap dan berkesan,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...