SERDANG, 8 Nov – Kadar penembusan kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia dijangka meningkat kepada sehingga 50 peratus daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) pada akhir tahun selepas mencecah 42.8 peratus tahun lepas. Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Ahmad Maslan berkata memandangkan industri kenderaan motor terus menjurus ke arah kenderaan dengan keupayaan