CANBERRA, 17 OKT – Kadar pengangguran Australia kekal stabil pada 4.1 peratus pada September, dengan lebih 50,000 pekerjaan baharu diwujudkan, lapor Xinhua.
Data rasmi tenaga buruh yang dikeluarkan oleh Biro Perangkaan Australia (ABS) hari ini menunjukkan kadar pengangguran pada September tidak berubah sejak Ogos.
ABS melaporkan bahawa ekonomi Australia menambah 64,100 pekerjaan antara Ogos dan September, dengan 51,600 daripadanya adalah pekerjaan sepenuh masa.
Buat kali pertama dalam sejarah, jumlah pekerja sepenuh masa di Australia melebihi 10 juta orang pada September.
Nisbah pekerjaan kepada populasi meningkat daripada 64.3 peratus pada Ogos kepada 64.4 peratus pada September, menyamai rekod tertinggi sebelumnya. – Bernama