Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kadar pengangguran kembali kepada tahap sebelum pandemik

    MANILA, 7 DIS – Kadar pengangguran di Filipina berkurangan kepada 2.24 juta atau 4.5 peratus pada Oktober, menurut Penguasa Perangkaan Filipina (PSA) pada hari ini.

    “Kami sudah kembali ke tahap 2019. Kali terakhir kami mengalami tahap ini pada Oktober 2019 dengan kadar pengangguran 4.5 peratus,” kata Xinhua memetik ketua PSA Dennis Mapa pada sidang akhbar.

    Mapa berkata jumlah pengangguran pada Oktober menyusut sebanyak 1.26 juta daripada 3.5 juta yang dilaporkan pada bulan sama 2021, menurun 256,000 berbanding 2.5 juta penganggur pada September tahun ini.

    Setiausaha Perancangan Sosioekonomi Arsenio Balisacan berkata Filipina terus mengekalkan pasaran buruh yang kukuh, menjurus ke arah pemulihan ekonomi selepas pandemik COVID.

    Balisacan berkata majoriti pertambahan pekerjaan disumbangkan oleh sektor perkhidmatan dan industri. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...