Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Penyakit kardiovaskular terus menjadi penyakit kedua di negara ini yang paling banyak mengakibatkan kematian selepas kanser dan menyumbang kepada 25 peratus kematian pada 2018. Apa yang lebih membimbangkan, ia semakin kerap berlaku dalam kalangan generasi muda, dengan 14.7 peratus daripada mereka yang menjalani intervensi koronari