Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kadar vaksinasi lengkap lepasi 80 peratus

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Negara Brunei Darussalam kini telah melengkapkan salah satu syarat untuk memasuki Fasa Endemik apabila telah mencapai melebihi 80 peratus kadar dua dos vaksin COVID-19 daripada jumlah penduduk negara hasil daripada suntikan vaksin yang diberikan kelmarin.

    Menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, seramai 2,594 orang di seluruh negara telah menerima suntikan vaksin COVID-19, kelmarin.

    Beliau mengongsikannya semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.

    “Ini bermakna di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan, seramai 402,966 orang telah menerima satu dos vaksin COVID-19 iaitu 93.7 peratus daripada jumlah penduduk negara,” jelas Yang Berhormat Dato.

    “Manakala, 344,418 orang telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 iaitu 80.1 peratus daripada jumlah penduduk negara,” tambah Yang Berhormat Menteri Kesihatan.

    Sehubungan itu, kini negara telah mencatatkan sebanyak 747,384 jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan dos kedua vaksin COVID-19, sejak ia mula diberikan pada 3 April lalu.

    Daerah Brunei dan Muara mencatatkan jumlah pemberian dos tertinggi berbanding dengan daerah-daerah lain iaitu sebanyak 479,225 dos, diikuti dengan Daerah Belait sebanyak 100,529 dos.

    Manakala Daerah Tutong mencatatkan sebanyak 86,820 dan Daerah Temburong sebanyak 80,810 dos.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda