Sunday, April 13, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kadet wanita dipaksa berarak bersepatu tumit

    MOSCOW, 5 JULAI – Menteri pertahanan Ukraine menerima tekanan daripada anggota kerajaan berhubung keputusan untuk memaksa kadet tentera wanita memakai kasut bertumit dalam perarakan penting.

    “Tujuan mana-mana perarakan tentera adalah untuk menunjukkan keupayaan tentera. Tidak harus adanya ruang untuk stereotaip dan seksisme,” menurut satu kenyataan daripada tiga anggota Kabinet, termasuk Menteri Hal Ehwal Veteran Yulia Laputina.

    Kenyataan itu menyusuli pengumuman pada minggu lalu mengenai kasut dalam perarakan yang dirancang diadakan pada 24 Ogos, ulang tahun ke-30 deklarasi kemerdekaan Ukraine daripada Kesatuan Soviet.

    Ia berkata kira-kira 57,000 wanita yang berkhidmat dalam angkatan bersenjata negara dan ‘telah membuktikan kemampuan mereka memakai kasut bertumit, bukan dengan mesin-gan.” – AFP

    Gambar keluaran kementerian pertahanan Ukraine menunjukkan tentera wanita Ukraine memakai kasut bertumit ketika mengambil bahagian dalam raptai perarakan tentera di Kyiv, Ukraine. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda