Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaedah baru rawatan muka melalui MeDical

    KOD MeDical merupakan satu siri yang telah ditentukan secara strategik di muka yang tepat untuk menuntun rawatan menggunakan pengisi dermis. Kaedah ini telah dibangunkan selepas bertahun-tahun penyelidikan telah dibuat untuk memberi para pesakit dan penerima rawatan hasil yang paling optimum namun masih mengekalkan faktor semula jadinya.

    Apakah kelebihan teknik ini?

    Teknik kod MD ini menggalakkan pandangan yang lebih luas mengenai isu terhadap pesakit dan membantu mengenal pasti, merawat serta bukan hanya memberikan tumpuan kepada kawasan yang bermasalah itu sendiri. Dengan mengamalkan pendekatan holistik ini, kita akan mendapati bahawa pesakit akan mampu memberikan satu manfaat yang lebih banyak, bukan hanya dari segi hasil yang lebih baik secara keseluruhan tetapi kelihatan lebih semula jadi.

    Contoh yang terbaik adalah dengan rawatan Nasolabial fold yang juga dikenali sebagai garis ketawa, yang merupakan aduan yang sangat umu diterima. Bentuk lipatan ini disebabkan oleh degenerasi lemak di pipi, menyebabkan kulit pipi dan tisu lembut turun, menolak dan menguatkan lipatan.

    Dengan menambah pipi menggunakan pengisi, bukan sahaja garis ketawa bertambah baik tetapi anda juga akan memulihkan kontur dengan kesan yang baik pada pipi. Sebaliknya, pengisian hanya pada lipatan itu sendiri dan tidak akan menyingkirkan garisan sepenuhnya dengan risiko kelihatan tidak wajar atau berlebihan.

    Bagaimanakah ini berbeza dengan suntikan pengisi derma konvensional?

    Pada masa lalu, rawatan dengan pengisi wajah lebih cenderung kepada sesuatu yang bukan menjadi tujuan tertentu malah tanpa perancangan namun patut dilakukan pada saat itu. Kod MD menambah struktur yang lebih besar dan melengkapkan kesenian dan kemahiran doktor itu sendiri dengan rangka kerja yang mengambil kira aspek penting seperti anatomi wajah dan perkadaran muka optimum.

    Oleh itu, pesakit boleh mengharapkan rawatan holistik, lebih berkesan dan lebih selamat, dengan hasil yang lebih semula jadi dan mampu bertahan lama.

    Apakah kod MD terbaik untuk rawatan?

    Kaedah digunakan secara meluas di muka untuk kulit lebih remaja, mengangkat seri wajah dan kesan volumizing. Kami merasakan bahawa kebaikan sistem kod MD ini berada dalam fleksibilitinya.

    Terdapat kod untuk semua kawasan muka terutama sekali pipi, dahi, kening, bibir dan dagu.

    Sama ada masalah bersendirian seperti keadaan bibir yang terkebawah, atau pelbagai masalah yang berlaku semasa penuaan muka yang teruk malah dengan mengikuti sistem ini ia akan dapat membantu menangani situasi itu dengan cara yang lebih bersistematik dan komprehensif.

    Bilakah hasil kaedah ini akan dapat dilihat?

    Di klinik Rexults, kami menggunakan pengisian Juvederm yang dibuat oleh Allergan (pengeluar Botox Cosmetic) dari rangkaian Vycross terkini mereka (Voluma, Volift, Volbella). Kesan dari rawatan boleh dilihat dengan segera selepas sahaja rawatan.

    Lazimnya, kesannya berlangsung 12 hingga 18 bulan, walaupun ini mungkin berbeza-beza sedikit tergantung kepada metabolisme individu dan kawasan di wajah yang telah diperhatikan.

    Adakah terdapat ‘downtime’?

    Mungkin terdapat beberapa pembengkakan ringan di kawasan yang dirawat selama dua ke tiga hari.

    Terdapat juga risiko memar dan tanda pin prick yang mungkin berlangsung selama satu minggu. Ini biasanya disembunyikan dengan baik menggunakan solek jika diperlukan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda