Kaedah potong gelang tangan pandu lalu dipertimbangkan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OKT – Kementerian Kesihatan menyambut baik dan akan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh orang ramai mengenai pemotongan gelang tangan bagi mereka yang telah menamatkan tempoh kuarantin dengan menggunakan kaedah pandu lalu.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar, ketika mengulas mengenai cadangan tersebut semasa sidang media hari ini.

Cadangan itu juga menyatakan bahawa kaedah berkenaan adalah lebih cepat dan berkesan berbanding kaedah melalui panggilan video di mana usaha itu boleh mengatasi isu kelambatan pemotongan gelang tangan berkenaan.