Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Kafe baharu jadi tarikan terkini Daerah Tutong

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 11 MEI – Sebuah lokasi santai terbaharu yang dikenali sebagai Kafe Senja Kopi Sungai Tutong telah dilancarkan petang kelmarin, bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk berehat sambil menikmati hidangan dan kopi dalam suasana tenang pemandangan Pekan Tutong pada waktu senja.

    Majlis pelancaran kafe yang terletak di aras atas Pasar Malam Tutong itu disempurnakan oleh tetamu kehormat, Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

    Menurut Ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN) merangkap Ketua Kampung Sengkarai, Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bin Haji Hamdan, yang juga antara pencetus utama penubuhan kafe tersebut, penubuhan Senja Kopi bukan sekadar menyediakan tempat untuk menikmati minuman dan makanan, tetapi turut menjadi platform menjana peluang pekerjaan bagi golongan belia tempatan khususnya di Daerah Tutong.

    Beliau turut menjelaskan bahawa pemilihan konsep ruang terbuka bertujuan mencipta suasana santai dan lapang, membolehkan pengunjung menikmati udara segar sambil menyaksikan keindahan senja serta panorama Sungai Tutong dan kawasan sekitar pekan yang damai dan menenangkan.

    Setakat ini, kafe itu beroperasi setiap Sabtu dan Ahad dari pukul 5 petang hingga 11:30 malam. Orang ramai dialu-alukan untuk datang bersama ahli keluarga dan sahabat handai, bahkan digalakkan membawa kerusi sendiri untuk bersantai sambil menikmati suasana healing.

    Turut hadir memeriahkan majlis ialah Penolong Pegawai Daerah Tutong, Awangku Arif Anuar bin Pengiran Haji Ahmad selaku Pemangku Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong; Setiausaha Lembaga Bandaran, Jabatan Bandaran Tutong, Pengiran Mahdini bin Pengiran Haji Ali; pegawai dan kakitangan kerajaan, para belia dan beliawanis Daerah Tutong, pempengaruh media sosial serta orang awam.

    Yang Berhormat Awang Abdul Aziz bersama pelanggan yang hadir bagi sama-sama menikmati hidangan dan kopi dalam suasana santai. – GAMBAR SERAHAN AJEES HAMDAN
    Awang Mohammad Sofian bersama para jemputan di majlis perlancaran Kafe Senja Kopi Sungai Tutong pada petang kelmarin. – GAMBAR SERAHAN AJEES HAMDAN
    GAMBAR SERAHAN AJEES HAMDAN
    GAMBAR SERAHAN AJEES HAMDAN

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Pemberigaan RKN12 ke Tutong

    Oleh Sim Y. H. TUTONG, 19 NOV - Dengan matlamat...

    Gabungan kopi Arabica, buah berangan serlah cita rasa kopitiam

    KULAI - Gabungan aroma kopi Arabica dan rasa lemak...

    Trump kurangkan tarif import pertanian

    WASHINGTON, 16 NOV - Presiden Donald Trump menandatangani satu...

    Kedai kopi imbau nostalgia

    CYBERJAYA – Minat terhadap filem Melayu lama memberi cetusan...

    Terkini

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...