BANGKOK, 8 OKT – Sebuah restoran Thai membawakan pemandangan air ke tahap seterusnya – pelanggannya duduk di atas kerusi kayu sambil air banjir berwarna perang mengalir di bawah meja mereka. Taufan tropika Dianmu dan hujan monsun lebat mengakibatkan banjir di 33 buah wilayah Thailand, menenggelami lebih daripada 300,000 kediaman dan meragut sembilan nyawa setakat ini.