Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Kafe kucing jadi trend di Yangon

    YANGON, 28 Julai – Dua buah kedai kopi di Yangon telah menawarkan para pencinta haiwan peluang berhibur bersama kucing ketika kafe haiwan sejagat menjadi trend yang melanda ke bandar yang pesat berubah itu.

    Di “Kafe Catpuchino” Yangon, berbelas-belas ekor kucing melepak sekitar bilik, sesetengahnya mengintai dari bakul manakala yang lain duduk bertenggek di atas bangku berbulu atau berbaring di ribaan para pengunjung.

    Di atas satu kusyen, seekor kucing jenis Sphynx tanpa bulu memakai baju pinafor merah jambu duduk bergaya sambil meninjau suasana dengan mata separuh tertutup.

    “Saya pernah mempunyai kucing di rumah ketika remaja,” kata seorang pelanggan, Arr Pouk, 23, sambil mengusik empat ekor kucing campuran berbulu pendek, dengan bulu ayam.

    “Saya sangat menyukai mereka.” Trend ini, yang telah pun popular di bandar-bandar Asia seperti Tokyo dan Bangkok, adalah minat terbaru antarabangsa yang memasuki Myanmar sejak tamatnya pemerintahan junta dalam tahun 2011 yang membawa era kebebasan baru.

    Gambar yang diambil pada 15 Julai menunjukkan para pelanggan ber-interaksi bersama kucing-kucing di ‘Kafe Catpuchino’ di Yangon. – AFP
    Gambar yang diambil pada 15 Julai menunjukkan para pelanggan ber-interaksi bersama kucing-kucing di ‘Kafe Catpuchino’ di Yangon. – AFP

    Pearl, pengasas kafe kucing telah membuka kedai kopi baru bertemakan felin beberapa minggu lalu untuk memberi para pengunjung satu tempat untuk menghilangkan tekanan akibat dari tekanan kehidupan sibuk mereka di bandar.

    Kesemuanya dia mempunyai 27 ekor haiwan dari 10 baka berbeza, termasuklah jenis Munchkin yang mempunyai kaki pendek, Maine Coon dan kucing belang, American Shorthair. “Apabila saya tertekan di sekolah atau tempat kerja, saya akan bermain dengan kucing selama 15 atau 30 minit dan kemudian tekanan saya akan lenyap,” kata Pearl kepada AFP.– AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -