Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Sebuah kafe menampilkan budaya Perancis dibuka di Bangunan Alliance Francaise de Brunei, di Batu Bersurat hari ini.
Kafe dinamakan La Petit itu menghidangkan pelbagai makanan Perancis dan hidangan barat lainnya, manakala sejenis hidangan pencuci mulut unik Perancis iaitu kayu manis bercoklat diadun dengan susu panas juga ditawarkan.
Pemilik La Petit, Dayang Sri Anne Masri dan Pengarah Alliance Francaise de Brunei, Yann Carpentier, mengatakan kafe berkenaan merupakan tambahan baru kepada Alliance Francaise dalam usahanya menggalakkan penggabungan budaya antara Brunei dan Perancis dan pada masa yang sama, menjadi tempat orang ramai bergaul dan menikmati budaya Perancis di sini.
Kafe berkenaan dibuka pada waktu yang sama dengan Alliance Francaise de Brunei pada jam 9 pagi hingga 5:30 petang, turut menayangkan filem-filem Perancis dengan sari kata Bahasa Inggeris setiap hari.