Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kahoe yakin rezeki di Malaysia

    Cinta terhadap tanah air mendorong pelakon, Kahoe Hon, 31, pulang ke Malaysia dan bergiat aktif dalam dunia seni selepas tujuh tahun berkelana di Amerika Syarikat (AS).

    Kahoe yang mula mencipta nama menerusi filem arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime ketika berusia 15 tahun, yakin rezekinya lebih murah di negara sendiri.

    “Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya berangkat ke Los Angeles (LA) untuk menyambung pengajian dalam bidang pembikinan filem di New York Film Academy.

    “Saya teruskan pengajian dalam bidang itu sebab mahu menjadi pengarah selepas mendapat inspirasi daripada Allahyarham Yasmin.

    “Saya belajar di akademi itu selama dua tahun dan kemudian bekerja dengan sebuah syarikat produksi penerbitan komersial.

    Kahoe mula berlakon sejak berusia 11 tahun enggan terlepas peluang pada usia muda kerana percaya ini masa terbaik sebelum mengorak langkah menjadi pe-ngarah. – Agensi

    Saya pulang ke Malaysia pada 2015. Sebenarnya, ketika itu, niat saya hanya mahu menziarah keluarga.

    “Tetapi kebetulan berjumpa seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat pengurusan.

    Saya pula sudah lama tidak berlakon, jadi, saya putuskan untuk kembali aktif berlakon di Malaysia,” katanya kepada BH Online.

    Tambah Kahoe yang mula berlakon sejak berusia 11 tahun, dia enggan terlepas peluang pada usia muda kerana percaya ini masa terbaik sebelum mengorak langkah menjadi pengarah.

    “Apabila saya pulang ke Malaysia, tidak dinafikan agak sukar untuk saya memulakan karier lakonan, apatah lagi media sosial tidak aktif.

    Tetapi, memang rezeki apabila saya berjumpa pengarah yang saya pernah bekerja sebelum ini.

    “Dia tawarkan saya berlakon drama Senafas Rindu bersama Syafiq Kyle dan Elizabeth Tan.

    Daripada drama itu, ramai yang mula perasan saya sudah kembali aktif,” katanya.

    Biarpun aktif berlakon, Kahoe tidak pernah melupakan impian untuk bergelar pengarah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda