Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kai Hassan deejay baharu Suria FM

    Suria FM mengumumkan Kai Hassan sebagai penyampai radio baharu bermula hari ini.
    Pengurus Besar Suria FM iaitu Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra disapa DJ Lin, kehadiran Kai di stesen radio berkenaan akan membawa impak baharu selain diberikan pendedahan mengendalikan beberapa segmen bersama penyampai radio lain, dedah mStar.

    Kai atau nama sebenarnya Abdul Karim Hassan ke udara bersama barisan penyampai segmen Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

    “Kemasukan Kai Hassan sebagai penyampai baharu di Suria FM akan membawa impak baharu dan di peringkat awal ini.

    “Kai akan diberikan pendedahan serta pengalaman untuk mengendalikan semua segmen utama di Suria FM, iaitu Morning Morning Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

    “Diharap dengan kemasukan Kai sebagai antara tunggak utama barisan penyampai radio Suria FM akan membawa impak lebih baik dan positif dalam mengukuhkan lagi pasukan kami di tahun 2024,” katanya.

    Dalam pada itu, DJ Lin turut mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kai atas kesudiannya untuk bergabung dan menjadi sebahagian daripada keluarga Suria FM sekali gus mengharapkan perubahan ini mampu meningkatkan lagi kualiti stesen radio tersebut. – Agensi

    Kai diumumkan sebagai penyampai radio baharu Suria FM. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda