Ia digunakan secara meluas pada pertunjukan fesyen, Women’s Wear Daily, banyak memperkatakan tentang pakaian Armani yang menggunakan kain baldu.
Harper’s Bazaar menyebutnya sebagai salah satu trend terbesar tahun 2022. Pada anugerah filem Britain, selebriti berpesta menggunakan pakaian daripada Louis Vuitton, Ralph Lauren dan Gucci. Kain tersebut juga dipakai untuk pakaian kasual, seluar jeans, kemeja-T dan baju labuh yang selekeh.
Dahulu ia adalah salah satu jenis kain mewah untuk bangsawan, baldu kini menjadi kegemaran fesyen, sama ada jenama persendirian mahupun pasaran besar.
Dan seperti yang sering berlaku, apa yang popular dalam fesyen, akhirnya akan digunakan di dalam hiasan rumah.
“Sebagai pereka dalaman, saya suka menyelitkan trend fesyen dalam reka bentuk saya,” kata Amy Youngblood yang berpangkalan di Cincinnati. “Ramai pelanggan saya telah menyedari bahawa kedua-dua reka bentuk dalaman dan fesyen memberi awda kebebasan untuk meneroka secara kreatif dan membangunkan pemahaman yang lebih baik tentang diri awda dan orang lain di sekeliling awda. Fesyen ialah kuasa penggerak yang diikuti oleh reka bentuk dalaman dan mendapat inspirasi daripadanya.”
Tetapi bolehkah kita katakan baldu sebagai ‘trending’?
“Saya bercakap dengan pereka gaya rumah kami tentang perkara ini, dan secara jujur, kami semua berasa seperti baldu tidak pernah hilang. Ia adalah salah satu fabrik klasik yang menambah tekstur dan kedalaman pada ruang tanpa memperkenalkan corak dan itu adalah hebat,” kata Jessica Dodell-Feder, editor eksekutif di majalah HDTV .
Bagi John McClain, seorang pereka dalaman dari Orlando, Florida, dan pengarang The Designer Within (Gibbs Smith) yang baharu, fabrik mewah itu ada pada dalam buku senarai fabrik kecilnya.
“Baldu adalah fabrik utama dalam reka bentuk saya,” katanya.
Dia telah membuat dinding teater rumah menggunakan baldu untuk pelanggan, dan mengatakan ia mempunyai ciri pengurangan bunyi yang sangat baik. Dia memilih kain itu sebagai pilihan utama mereka.
Baldu boleh menawarkan warna yang mendalam dan cita rasa yang tinggi di majlis makan malam. Pada masa yang sama, ia mempunyai daya tahan lama daripada yang disangka – terutamanya jika memperolehi baldu sintetik gred komersial.
“Tiada siapa yang tahu perbezaannya, kerana rasanya sama, sangat lembut. Rasanya juga bagus – sama seperti kapas semula jadi,” katanya,
“Bagi kebanyakan keluarga, baldu sintetik juga boleh diguna pakai. Ia tidak semewah baldu sebenar, tetapi lebih mudah dijaga dan mempunyai kemewahan yang serupa. Tetapi kerana saya mempunyai seekor anjing, saya lebih memilih baldu yang mempunyai gred terbaik,” kata Dodell-Feder.
Jillian Hayward Schaible, seorang pereka di Milton, Massachuetts, juga menyarankan kepada pelanggan untuk memilih jenis baldu mewah yang sesuai untuk perabot mereka.
“Ia boleh menambah keindahan dalam kedua-dua tekstur dan kilauan pada mana-mana bahagian. Jika awda sedang mencari fabrik yang sesuai dengan haiwan peliharaan dan keluarga, kami akan mengesyorkan untuk memilih baldu gred tinggi,” katanya.
Baldu diperbuat daripada gentian semula jadi seperti sutera, kapas, linen, bulu; versi yang lebih murah mungkin mempunyai campuran sintetik. Baldu gred tinggi diperbuat daripada poliester.
Editor majalah Domino baru-baru ini mencipta nama ‘Plazacore’ untuk gaya yang sesuai dengan hotel Manhattan yang menjadi rumah kepada watak buku kanak-kanak, Eloise. Ia dihiasi oleh aksesori seperti kristal, logam yang digilap dan kusyen baldu yang selesa.
Bagi warna, McClain berkata dia biasanya memilih warna neutral yang ringan – sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai kanak-kanak – tetapi kadang-kadang juga menyukai warna baldu berwarna-warni.
Pereka New York City, Gideon Mendelson berkata dia meletakkan baldu pada sofa, kerusi, kepala katil dan juga dinding.
Timbalan pengarah HGTV, Lora Yoon Huh melihat trend ke arah warna yang gelap. “Kebelakangan ini, saya telah melihat baldu dalam warna matahari terbenam seperti ‘oker’ dan oren.”
Tetapi, baru-baru ini majalah itu melakukan penggambaran katil dengan bantal baldu merah jambu pucat. Kata Huh, “ada sesuatu tentang cara baldu menangkap cahaya yang memberikan mana-mana warna dimensi yang indah.”
Pereka Nicole Fisher meletakkan katil baldu yang berwarna champagne, di sebuah rumah di West Village di New York City, untuk tempat yang bercita rasa tinggi dan selesa. Kemudian, di dalam bilik TV, dia meletakkan sepasang kusyen Ottoman bersarung baldu yang lembut tetapi bercorak cerah, sesuai dengan dinding biru nilam di ruang itu.
“Terdapat banyak cara untuk menggabungkan suasana selesa dengan baldu,” katanya.
Untuk barangan yang bercita rasa tinggi, lihat jenama Juneau Anthropologie, yang menawarkan suasana yang megah dan ringan. Ia boleh menjadi ruang hiburan dengan ruang simpanan yang banyak, bahagian atas menggunakan marmar Carrara dan campuran tembaga.
Jenama itu juga menawarkan kerusi Lena Elowen, permaidani botani Perancis dan Itali antik yang menjadi inspirasi untuk fabrik baldu.
Bagi jenama Arhaus, Article dan Lulu, awda akan mendapati tempat duduk yang lebih selesa dan bergaya. Dan di Thuma, terdapat sarung kepala katil baldu yang boleh dibasuh, dengan bantal dan yang cantik, dalam warna arang berkabus.
Aerin, sebuah jenama yang terkanal, mempunyai dulang baldu yang berwarna lumut atau biru tua dan bingkai gambar yang diperbuat dengan tembaga yang akan menjadi aksesori bergaya serta aksesori tempat tidur baldu diperbuat daripada kain payung terjun dalam warna hijau atau gangsa yang cantik.
Dan untuk gabungan yang luar biasa pada bahan-bahan tersebut, boleh menggunakan jubin mozek Artaic yang menakjubkan untuk reka bentuk rupa baldu yang hancur. Ia datang dalam dua warna: zamrud dan merah gelap. – AP