Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kain rentang HK kini dijual

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam ke-39 yang bakal tiba, D’ Sunlit Sdn Bhd mengumumkan bahawa kain rentang Hari Kebangsaan untuk lot kedai sudah tersedia untuk dijual.

    Kain rentang itu boleh didapati di beberapa buah kedai yang tersenarai di keempat-empat daerah iaitu D’Sunlit Sdn Bhd di Perindustrian Beribi bagi Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong.

    Bagi Daerah Belait, kain rentang tersebut bolehlah didapati di JYM Company Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Ringan, Kuala Belait manakala itu, bagi Daerah Tutong pula, ia boleh didapati di Restoran Ho Yuen, Jalan Enche Awang.

    Tarikh menaikkan kain-kain rentang berkenaan adalah bermula 10 pagi, 16 Februari dan diturunkan pada 25 Februari depan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...