Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Kain rentang sempena HK ke-40 mula dijual

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam ke-40 yang bakal menjelang, D’Sunlit Sdn Bhd mengumumkan bahawa kain rentang HK bagi lot kedai sudah tersedia untuk dijual.

    Kain rentang berkenaan kini boleh didapati di beberapa buah kedai yang tersenarai di keempat-empat daerah iaitu D’Sunlit Sdn Bhd di Perindustrian Beribi bagi Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong.

    Bagi Daerah Belait, kain rentang tersebut boleh didapati di JYM Company Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Ringan, Kuala Belait manakala bagi Daerah Tutong pula, boleh didapati di Restoran Ho Yuen.

    Tarikh menaikkan kain-kain rentang berkenaan adalah pada 16 Februari depan bermula 10 pagi dan diturunkan pada 25 Februari.

    Kain rentang HK ke-40 bagi lot kedai sudah tersedia untuk dijual. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...