Friday, May 9, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaji selidik fahami isu PMKS tempatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam setentunya memberikan kesan kepada semua pihak termasuk perniagaan-perniagaan di dalam negara.

    Mengambil kira situasi COVID-19 di Brunei, Darussalam Enterprise (DARe) akan menerbitkan sebuah kaji selidik pada 16 Ogos untuk memahami isu-isu yang sedang dan masih dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan.

    Kaji selidik itu merupakan susulan daripada satu kaji selidik yang dikendalikan oleh DARe pada 2020 semasa pandemik COVID-19 yang berlaku pada Mac 2020.

    Matlamat kaji selidik berkenaan adalah untuk membolehkan DARe menilai dengan lebih lanjut impak serta mengenal pasti langkah-langkah yang berpatutan untuk menyokong operasi perniagaan-perniagaan tempatan.

    Dalam kesempatan itu, DARe juga mengalu-alukan dan menggalakkan seberapa banyak perniagaan untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik berkenaan dan menyatakan penghargaan kepada syarikat-syarikat yang berkesudian untuk mengambil bahagian.

    DARe memberikan jaminan kepada semua perniagaan bahawa kesemua maklumat yang dikongsi adalah dirahsiakan.

    Bagi perniagaan yang ingin mengambil bahagian dalam kaji selidik itu boleh merujuk ke laman sesawang https://research.net/r/DAReCOVID19Survey atau mengimbas kod QR yang boleh didapatkan di laman-laman media sosial DARe iaitu Facebook, Instagram dan LinkedIN@darussalamenterprise.

    Perusahaan-perusahaan di Negara Brunei Darussalam digalakkan untuk mengambil bahagian dalam kaji selidik yang dijalankan DARe.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda