CANBERRA, 4 OKT – Kajian dari Australia mendapati terdapat kaitan antara berdengkur dan tekanan darah tinggi.
Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis tidur dari Universiti Flinders di Australia, individu yang kerap berdengkur pada waktu malam lebih cenderung mengalami tekanan darah tinggi dan hipertensi yang tidak terkawal, lapor Xinhua.
Hipertensi berlaku apabila tekanan dalam saluran darah seseorang terlalu tinggi. Ia boleh menyebabkan kerosakan serius kepada jantung dan meningkatkan risiko serangan jantung, strok, kegagalan jantung dan penyakit jantung.
Kajian mendapati bahawa 15 peratus daripada 12,287 peserta berdengkur lebih daripada 20 peratus waktu malam secara purata dalam tempoh pemantauan selama enam bulan.
Mereka yang mempunyai tahap dengkuran tinggi mempunyai tekanan darah 3.8 mmHg higher systolic blood pressure dan 4.5 mmHg higher diastolic blood pressure berbanding peserta yang tidak berdengkur.
Kajian oleh Universiti Flinders ini adalah yang pertama menggunakan teknologi pemantauan di rumah untuk tempoh yang panjang bagi menyiasat kaitan antara berdengkur dan hipertensi. Peserta kajian kebanyakannya dalam lingkungan umur pertengahan, dengan 88 peratus adalah lelaki.
“Untuk kali pertama, kami dapat mengesahkan secara objektif bahawa terdapat hubungan yang ketara antara berdengkur secara kerap pada waktu malam dan tekanan darah tinggi.” – Bernama