Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kajian cadang kehadiran air di bawah permukaan Marikh

    freepik

    WASHINGTON, 13 OGOS – Hasil penyelidikan terkini mencadangkan kemungkinan terdapat takungan air di bawah permukaan Marikh, dengan jumlahnya berpotensi membentuk lautan global di planet merah itu.

              Air dianggarkan berada pada kedalaman tujuh hingga 12 batu (11.5 hingga 20km) di bawah kerak Marikh, tersembunyi dalam retakan batuan bawah tanah, lapor Xinhua.

              Penemuan itu berasaskan pengukuran seismik daripada Mars InSight lander milik NASA yang menggunakan seismometer bagi mengesan bahagian dalam Marikh antara 2018 dan 2022.

              Menurut saintis, Vashan Wright dari Scripps Institution of Oceanography, University of California, San Diego yang juga pengarang utama kajian dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences, air di Marikh dipercayai pernah wujud secara sementara di permukaan lebih 3 bilion tahun lalu.

              “Ketika itu Marikh mempunyai sungai, tasik dan lautan.

              “Bagaimanapun, apabila atmosfera Marikh semakin menipis, ia dianggap kehilangan air pada permukaan.

              “Penemuan baharu itu menunjukkan bahawa air telah meresap ke dalam kerak Marikh.

              “Memahami kitaran air Marikh adalah penting untuk memahami evolusi iklim, permukaan dan bahagian dalamnya,” kata Wright. – Bernama

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda