Tuesday, May 6, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kajian dapati perubahan iklim dorong peningkatan kemarau salji

    URUMQI, 6 MEI – Satu kajian baharu memberi amaran bahawa pemanasan global mungkin akan mencetuskan kemarau salji yang lebih kerap pada masa hadapan.

    Kajian yang diketuai oleh penyelidik dari Institut Ekologi dan Geografi Xinjiang di bawah Akademi Sains China, baru-baru ini diterbitkan dalam jurnal Geophysical Research Letters.

    Kemarau salji berlaku apabila terdapat pek salji yang luar biasa rendah untuk musim ini, diklasifikasikan sebagai ‘kering’ apabila terhasil daripada kerpasan atau precipitation musim sejuk di bawah paras normal dan ‘panas’ apabila disebabkan oleh suhu yang lebih panas yang membawa kepada hujan berbanding salji atau salji cair awal walaupun paras kerpasan normal, dan juga ‘kompaun’ apabila terdapat gabungan kedua-dua keadaan kering dan panas.

    Menggunakan unjuran iklim berbilang model, para penyelidik menganalisis trend jangka panjang dalam kekerapan kemarau salji di bawah pelbagai senario pelepasan.

    Keputusan mereka menunjukkan peningkatan yang ketara dalam peristiwa kemarau salji sepanjang akhir abad ini.

    Menjelang 2100, kekerapan kemarau salji boleh meningkat tiga kali ganda di bawah senario pertengahan SSP2-4.5 dan empat kali ganda di bawah senario pelepasan tinggi SSP5-8.5, berbanding dengan garis dasar 1981.

    Kemarau salji panas pula dijangka mendominasi trend masa depan. Menjelang 2050, kemarau salji panas boleh merangkumi kira-kira 65 peratus daripada semua peristiwa kemarau salji.

    Di bawah laluan SSP5-8.5, kekerapan kemarau salji panas boleh meningkat sebanyak 6.6 kali, manakala kejadian panas kering kompaun yang menimbulkan risiko terbesar kepada ekosistem dan infrastruktur air,- mungkin menjadi 3.7 kali lebih biasa.

    Kajian itu juga mendedahkan bahawa, kawasan pada pertengahan dan latitud tinggi diunjurkan mengalami kemarau salji yang lebih kerap dan berintensiti tinggi.

    Penemuan ini memberikan pandangan saintifik kritikal untuk memaklumkan strategi keselamatan air dan usaha penyesuaian iklim di seluruh dunia, menurut kajian itu. – Xinhua

    Foto dari dron pada 8 Mac menunjukkan pemandangan salji di Gande County, Tibet Golog, Qinghai di barat laut China. Kemarau salji didorong oleh perubahan iklim.  –  Xinhua
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda