Thursday, January 16, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kajian: ‘Lockdown’ berjaya bendung COVID-19

    HONG KONG, 31 MAC – ‘Lockdown’ di Wuhan, China, berkesan membendung COVID-19 pada awal wabak berkenaan menular dan banyak membantu mengurangkan kadar jangkitan di tempat lain, menurut laporan dikeluarkan sebuah universiti di Hong Kong.

    Menurut kajian Universiti China Hong Kong (CUHK) andai kerajaan tidak menutup sepenuhnya bandar raya berkenaan, kadar jangkitan mungkin sehingga 64.8 peratus lebih tinggi di bandar di luar Hubei dan 52.6 peratus lebih tinggi di bandar selain Wuhan di wilayah itu.

    “Kami mendapati lockdown di Wuhan memberi sumbangan ketara terhadap usaha mengurangkan kadar jangkitan di luar Wuhan, meskipun penjarakkan sosial dikuatkuasakan di bandar raya lain selepas itu,” kata Profesor Madya Sekolah Perniagaan CUHK, Yang Yang.

    Menurut laporan Xinhua, penyelidikan membuktikan lockdown menyekat aliran orang ramai dari bandar raya itu sehingga 56.4 peratus berbanding jika kuarantin tidak dikuatkuasakan.

    Selain itu, ia mengurangkan kemasukan ke bandar berkenaan sehingga 76.6 peratus dan pergerakan di bandar dikurangkan sehingga 54.2 peratus.

    Yang menegaskan, keputusan kajian turut memberi implikasi kukuh terhadap negara lain dalam perjuangan mereka menentang COVID-19.

    “Kelihatan, selepas pelaksanaan pelbagai langkah kawalan, bandar raya yang menguatkuasakan lockdown diperketatkan, mampu mendatarkan unjuran menaik kes jangkitan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda