Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kajian: Masalah penurunan kesihatan mental belia harus ditangani

    WELLINGTON, 18 SEPT – Kesihatan mental kanak-kanak dan golongan muda di New Zealand (NZ) semakin merosot, dengan kaum Maori dan golongan muda yang hidup dalam kemiskinan sedang mengalami beban paling tinggi seterusnya mencetuskan seruan untuk bertindak untuk menggalakkan daya tahan, menurut kajian yang diterbitkan hari ini.

    Bunuh diri adalah punca utama kematian remaja NZ dan kadar bunuh diri belia negara itu adalah antara yang tertinggi di dunia maju, kata penulis kajian.

    Kajian juga menunjukkan terdapat lebih satu daripada lima kanak-kanak berumur 15 hingga 24 tahun mengalami tekanan psikologi yang tinggi pada tahun 2022 dan 2023.

    Ini menggariskan bagaimana golongan muda perlu lebih bersedia untuk menghadapi banyak tekanan ke atas mereka sementara peranan ibu bapa, sekolah, komuniti dan penggubal dasar juga harus membantu golongan muda ini menghadapinya.

    Gejala kemurungan dalam kalangan pelajar menengah meningkat daripada 13 peratus pada 2012 kepada 23 peratus pada 2019, manakala perkadaran pelajar yang memenuhi kriteria gaya hidup positif juga menurun daripada 76 peratus kepada 69 peratus, kajian itu menunjukkan.

    Terdapat keperluan yang tinggi untuk memupuk daya tahan dalam kalangan kanak-kanak, bermula di pusat pendidikan awal kanak-kanak hingga ke sekolah menengah, untuk memastikan mereka dapat mengharungi kesukaran dengan selamat, kata penyelidik dari Pusat Masa Hadapan Bermaklumat di Universiti Auckland, sebuah badan yang menangani pembangunan kanak-kanak.

    Penyelidik Felicia Low dan Seungyeon Kim menggesa penggubal dasar untuk menyokong program yang membina daya tahan, termasuk fungsi kognitif, strategi penyelesaian masalah, komunikasi, kemahiran interpersonal dan kawal selia kendiri, sambil menambah mempunyai hubungan yang stabil dan sokongan daripada penjaga dan rakan sebaya juga penting.

    Terdapat pelbagai punca penurunan kesihatan mental remaja, termasuk pendedahan kepada tekanan semasa tempoh peranakan dan bayi, peralihan yang sukar dari zaman kanak-kanak kepada remaja, situasi keluarga yang kompleks atau hubungan dengan rakan sebaya dan juga diskriminasi, kata penulis.  – Xinhua

    Gambar Unsplash

    Caption: Gambar Freepik

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda