WELLINGTON, 5 APRIL – Penyelidikan New Zealand (NZ) yang diterbitkan hari ini memberikan penerangan tentang cabaran harian yang dihadapi para ibu semasa pandemik COVID-19.
Penyelidik dari Universiti Waikato menemu bual 24 ibu yang tinggal di NZ semasa perintah berkurung, termasuk wanita yang hamil dan melahirkan anak, ibu remaja, ibu tunggal,ibu berpendapatan rendah dan ibu bekerja. Ia melibatkan pelbagai latar belakang seperti Maori, Pasifik, Asia dan ibu migran.
Kajian terbitan ‘Frontiers in Sociology’ itu membincangkan kesan emosi terhadap ibu, terutamanya dengan ketiadaan sistem sokongan sosial, perubatan dan kesihatan yang kritikal semasa tempoh berkurung dan sekatan sosial yang berterusan. Ramai wanita menyatakan pandemik telah menjejas perasaan mereka menjadi ibu, “Ia membuatkan saya berasa seperti ibu yang teruk.” – Xinhua


