BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Okt – Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, melalui Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE) akan mengendalikan Kajian Tenaga Kerja (KTK) 2017 bermula hari ini hingga 12 November 2017.
Objektif utama KTK 2017 ialah untuk mengumpulkan maklumat terkini mengenai saiz, struktur, taburan dan ciri-ciri tenaga kerja, pekerjaan, pengangguran dan lain-lain ciri-ciri ekonomi penduduk yang akan digunakan dalam membantu perancangan, penyelidikan, penyediaan dasar dan pengurusan tenaga kerja.
Kajian kali ini akan melibatkan kira-kira 3,200 buah keluarga/isirumah terpilih sahaja di seluruh negara. Sepanjang tempoh kajian, pegawai kajian yang dilantik akan mengunjungi rumah keluarga terpilih dan menemuduga ketua dan setiap ahli keluarga untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Klik di sini untuk berita lanjut.