Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kajian: Ubat Eli Lilly lebih berkesan berbanding Ozempic

    WASHINGTON, 9 JULAI – Pesakit yang mengambil ubat baharu Eli Lilly iaitu Mounjaro mencapai penurunan berat badan yang jauh lebih besar daripada mereka yang menggunakan Ozempic keluaran Novo Nordisk, menurut kajian perbandingan yang diterbitkan kelmarin.

    Para penyelidik menganalisis rekod kesihatan elektronik lebih 18,000 orang pesakit Amerika Syarikat (AS) antara Mei 2022 dan September 2023 untuk membandingkan hasil dalam kalangan mereka yang menerima dua ubat yang disuntik itu, dan menerbitkan keputusan dalam jurnal JAMA Internal Medicine.

    Umur purata pesakit ialah 52, lebih daripada 70 peratus adalah wanita, dan purata berat asas ialah 110 kilogram. Sebanyak 52 peratus menghidap diabetes jenis 2.

    Kebanyakan pesakit mencapai penurunan berat badan lima peratus atau lebih selepas setahun, tetapi mereka yang mengambil Mounjaro lebih cenderung menurunkan berat badan dan mencapai penurunan berat badan yang lebih besar.

    Kedua-dua ubat itu, juga dikenali dengan nama generiknya tirzepatide (Mounjaro) dan semaglutide (Ozempic), tergolong dalam kelas yang dikenali sebagai analog GLP-1 yang meniru hormon semula jadi dan membuatkan pengguna berasa kenyang.

    Secara keseluruhannya, hampir 82 peratus kumpulan Mounjaro menyaksikan penurunan berat badan sebanyak lima peratus atau lebih besar berbanding 67 peratus kumpulan Ozempic. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda