Saturday, April 19, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kajian: Ubat herba berisiko

    CANBERRA, 6 Feb – Anggapan bahawa ubat berasaskan herba selamat kerana ia telah digunakan sejak berkurun lamanya mungkin boleh menggundang risiko kepada pengguna, kata penyelidik Australia pada Isnin lapor agensi berita China Xinhua.

    Penyelidik Universiti Adelaide berkata terdapat sebahagian ubat herba popular yang digunakan sejak turun temurun di Australia mengandungi bahan toksik namun masih tetap diamalkan kerana beranggapan ubat berkenaan bermanfaat.

    Ketua penyelidik Prof. Roger Byard berkata sejak kebelakangan ini didapati pesakit yang menggunakan sebahagian rawatan berasaskan herba terdedah dengan risiko.

    “Toksik yang disebabkan penggunaan beberapa ubat herba oleh masyarakat selalunya tidak dilaporkan,” kata Byard dalam kenyataan pada Isnin.

    Sementara itu Dr. Ian Musgrave dari jabatan farmakologi pula berkata, kebanyakan pesakit tidak mengambil berat untuk mengetahui kandungan yang terdapat dalam ubat herba kerana beranggapan ia selamat kerana telah diamalkan sejak sekian lama.

    “Terdapat ubat herba tradisional tidak mematuhi peraturan ditetapkan Australia. Dalam kes tertentu bahan yang terdapat dalam ubat berkenaan tidak disenaraikan atau terdapat dalam rekod laman web atau pada label.

    “Terdapat juga kes kandungan ubat herba daripada beberapa spesis herba digantikan dengan yang lain kerana kesukaran mendapatkan bekalan atau membabitkan kos tinggi. Spesis herba digantikan itu mungkin mengandungi toksik,” kata Musgrave. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda