Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kajian: Wanita lebih berisiko alami kemurungan

    SYDNEY, 8 OKT – Wanita dari segi genetik berisiko lebih tinggi mengalami kemurungan berbanding lelaki, penyelidik Australia mendapati dalam kajian yang diterbitkan hari ini yang boleh mengubah cara gangguan itu dirawat.

    Dikenali sebagai salah satu kajian terbesar seumpamanya, saintis telah membuat pemeriksaan melalui DNA hampir 200,000 orang yang mengalami kemurungan untuk mengenal pasti penanda genetik yang dikongsi bersama.

    Wanita mempunyai hampir dua kali lebih banyak penanda genetik yang dikaitkan dengan kemurungan berbanding lelaki, menurut projek yang diketuai oleh Institut Penyelidikan Perubatan Berghofer Australia.

    “Komponen genetik kemurungan adalah lebih besar pada wanita berbanding lelaki,” kata penyelidik, Jodi Thomas.

    “Mengenal pasti faktor genetik yang dikongsi dan unik pada lelaki dan perempuan memberi kita gambaran yang lebih jelas tentang punca yang menyebabkan kemurungan, dan memberi peluang kepada rawatan yang lebih bersifat peribadi,” tambahnya.

    Gambar Envato

    Telah lama diketahui bahawa kemurungan lebih kerap berlaku pada wanita, tetapi punca biologi masih diselubungi misteri.

    Kira-kira 13,000 penanda genetik dikaitkan dengan kemurungan pada wanita, penyelidik mendapati, berbanding dengan 7,000 penanda pada lelaki.

    Beberapa perubahan genetik berkenaan boleh mengubah laluan biologi yang dikaitkan dengan metabolisme atau pengeluaran hormon.

    “Kami mendapati beberapa perbezaan genetik yang boleh membantu menjelaskan mengapa wanita yang mengalami kemurungan lebih kerap mempunyai gejala metabolik, seperti perubahan berat badan atau tahap tenaga yang berubah,” kata Thomas.

    Penyelidik, Brittany Mitchell berkata penemuan itu boleh membawa kepada perubahan tentang cara kemurungan dirawat dalam wanita. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda