Friday, September 20, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kajol akui pernah menyukai Shah Rukh Khan

    Pencinta filem Bollywood pastinya masih mengingati watak Kajol dan Shah Rukh Khan dalam filem Kuch Kuch Hota Hai yang pernah hangat ditayangkan dan diminati oleh ramai orang sehingga menaikkan nama kedua-dua bintang tersebut di persada seni global.

    Kajol dan Shah Rukh Khan pernah membintangi beberapa filem popular Bollywood seperti Dilwale Dulhaniya Le Jayenge, Kabhi Khushi Kabhie Gham, hingga Kuch Kuch Hota Hai.

    Salah satu aksi ikonik dan diingati sehingga kini adalah apabila mereka melakonkan watak Anjali dan Rahul dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

    Menurut Intepseleb, Kajol sendiri pernah mengakui bahawa dia pernah menyukai Shah Rukh Khan. Pengakuan ini dibuat ketika dia mengadakan sesi soal jawab bersama peminat di Twitter.

    Kajol juga terus terang mengakui dia sangat menyukai tenaga luar biasa raja Bollywood itu.

    Selain itu, Kajol turut menyatakan bahawa mereka berdua seakan ditakdirkan untuk bercinta apabila pengarah mula menjerit perkataan ‘aksi’.

    Tambahnya lagi, keserasian antara mereka berdua sangat serasi ketika melakonkan watak dalam filem tersebut. – Agensi

    Kajol mengakui pernah menyukai raja Bollywood tersebut kerana tenaganya yang luar biasa semasa penggambaran. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda