Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kajol dan suami sedih hilang insan tersayang

    Anil Devgan atau adik Ajay Devgan meninggal dunia baru-baru ini.

    Suami Kajol mengumumkannya di Twitter sehari selepas kematiannya dan meluahkan rasa terkilan kerana tidak dapat melangsungkan upacara pengebumian secara peribadi.

    Seperti Ajay, Anil juga mempunyai karier dalam industri hiburan Bollywood sebagai pengarah. Pemergiannya membuat selebriti terkenal turut merasa berduka. Ajay Devgan dan Kajol berkabung atas pemergian Anil Devgan pada usia 51 tahun. Melalui muat naik Twitter, Ajay memuat naik gambar adiknya yang kelihatan masih dalam keadaan sihat. Ajay tidak menjelaskan sebab kematian dan dia mengatakan bahawa dia tidak dapat mengadakan upacara pengebumian bersama-sama kerana wabak COVID-19.

    Jika dilihat pada akaun media sosial Kajol, tidak ada ucapan terhadap kematian adik iparnya. Telah diketahui bahawa Kajol juga berada di Singapura bersama anak perempuannya, Nysa Devgan, yang harus melanjutkan pendidikannya. Kajol dan Ajay juga harus berpisah untuk beberapa bulan demi menemani Nysa.

    Berita mengenai kehilangan ini membuatkan emosi Ajay dan Kajol bertambah buruk. Sebabnya, ayah Ajay dan Anil, Veeru Devgan, meninggal dunia pada Mei 2019. Anil Devgan adalah pengarah yang memulakan kariernya pada tahun 1996. Dia telah beberapa kali mengarahkan beberapa filem lakonan Ajay dan Kajol. Anil Devgan berkolaborasi dengan Ajay Devgan dan Kajol dalam filem Raju Chacha pada tahun 2000. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda