Dalam episod terbaharu program Two Much with Kajol & Twinkle, pengarah sekali gus koreografer ternama, Farah Khan, hadir sebagai bintang tamu, berkongsi kisah penuh tawa dan nostalgia bersama Kajol serta Twinkle Khanna.
Perbualan hangat itu mencetuskan banyak momen menarik, termasuk cerita di balik layar dari perjalanan panjang Farah di industri filem India. Salah satu kisah yang paling mencuri perhatian adalah tentang dedikasi luar biasa Kajol, yang kembali ke lokasi penggambaran hanya sebulan setelah melahirkan anak.
Momen itu terungkap ketika aktris muda, Ananya Panday, menanyakan kepada Kajol apakah dirinya sedang hamil ketika penggambaran salah satu lagu filem. Farah dengan cepat membetulkan, “Tidak, waktu itu dia sudah melahirkan. Saya bahkan perlu menyesuaikan koreografi agar gerakannya tidak tertumpu pada bahagian perut.”
Farah kemudian memuji semangat kerja Kajol dan menambah, “Dia telah kembali ke lokasi penggambaran hanya sebulan setelah melahirkan. Itu luar biasa.”
Dalam salah satu segmen, Farah sempat berkata, “Saya pernah menjalani penggambaran bersama Twinkle, juga bersama Kajol.” Ananya pun mencelah, “Dia waktu itu hamil, kan?”
Farah menjawab, “Bukan, dia baru saja melahirkan. Jadi saya perlu melakukan gerakan di atas perut. Dia sangat luar biasa, kembali ke set begitu cepat setelah melahirkan.”
Kajol sendiri pernah mengungkap masa sulit dalam hidupnya. Dalam wawancara terdahulu, ia bercerita bahawa dirinya sempat hamil ketika penggambaran bagi filem Kabhi Khushi Kabhie Gham, namun mengalami keguguran tidak lama sebelum filem itu diterbitkan.
Dia juga mengaku sempat mengalami keguguran sekali lagi, masa yang disebutnya sebagai salah satu yang paling menyakitkan dan berat secara emosi dalam hidupnya. – Agensi

