Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kajol pilih SRK, tolak suami sendiri

    Jelitawan Bollywood, Kajol memilih teman baiknya, Shah Rukh Khan (SRK) sebagai gandingan paling serasi dalam filem romantik berbanding suaminya sendiri, Ajay Devgan.

    Dalam satu wawancara, Kajol diminta untuk memilih antara SRK dan Ajay, siapakah yang memiliki ‘chemistry’ paling kuat dengannya dalam filem.

    Menurut Kajol, dia lebih banyak bergandingan dengan SRK dalam filem bergenre romantik berbanding suaminya.

    “Saya jarang berlakon filem romantik bersama Ajay. Kebanyakan filem, saya bergandingan dengan SRK. Jadi ‘chemistry’ untuk filem romantik lebih hebat dengan SRK,” katanya memetik laporan Kosmo Online!.

    Kajol dan SRK bergandingan dalam enam buah filem antaranya Baazigar, Dilwale Dulhania Le Jayenge, Kuch Kuch Hota Hai, Khabie Kushi Khabie Gham, My Name Is Khan dan Dilwale.

    Menariknya, kesemua filem gandingan mereka menjadi karya ikonik dan mendapat kutipan pecah panggung dengan pelbagai pencapaian dalam majlis anugerah. – Agensi

    Dalam soal lakonan, terutama karta bergenre romantik, Kajol lebih selesa bersama SRK berbanding Ajay. – Money Control
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda