Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kajol rasmikan patung lilin di Singapura

    PELAKON popular Bollywood iaitu Kajol merasmikan patung lilin dirinya yang terletak di Muzium Madamme Tussauds di Singapura.

    Isteri kepada Ajay Devgan ini hadir buat pertama kali ditemani anak sulung mereka iaitu Nysa.

    Ini adalah pertama kali Nysa Devgan menemani ibunya pada acara rasmi seperti itu.

    Kajol mengenakan sari moden (kiri) ketika melancarkan patung lilin dirinya di Muzium Madamme Tussauds di Singapura.

    Perkara itu adalah kerana remaja berusia 15 tahun ini menyambung pengajian di negara itu.

    Kajol hadir dengan mengayakan sari moden berwarna hitam pada acara tersebut.

    Pelakon filem terkenal itu juga dilihat gembira dengan hasil patung lilin yang tidak tumpah dengan dirinya yang sebenar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda