Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kajol, SRK diminta kembali ‘bercinta’

    Kefanatikan peminat filem ikonik Kuch Kuch Hota Hai yang menggandingkan Shah Rukh Khan (SRK), Kajol dan Rani Mukerji masih membekas walaupun sudah 22 tahun berlalu.

    Menurut Kajol, setiap kali ulang tahun penerbitan naskhah tersebut, sebilangan peminat akan mengirimkan pelbagai ucapan dalam laman sosial, bahkan ada kelompok tegar yang mengadakan perjumpaan sesama mereka.

    Situasi terbabit membuktikan keunggulan filem arahan Karan Johar dalam dunia sinematik India apabila masih menjadi dambaan ramai di tengah kebanjiran naskhah baharu.

    Malah, rata-rata peminat plot kisah sarat elemen cinta itu menaruh harapan agar Kajol berpasangan lagi dengan Raja Bollywood terbabit dalam filem lain, ujar Kosmo Digital.

    Ini adalah filem yang benar-benar bermakna dalam setiap aspek, dalam kehidupan dan dalam pawagam.

    “Biarlah filem yang satu ini terus meninggalkan impak kepada penggemar sehingga generasi akan datang,” kata peminat. – Agensi

    Gandingan SRK dan Kajol sentiasa ditagih peminat. – Bollywood Bubble
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda