Tuesday, December 31, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaka Azraff minta ruang bersama anak-anak

    Susulan dakwaan sudah bercerai, penyanyi Kaka Azraff memohon orang ramai memberikan sedikit ruang privasi untuk dia dan suami iaitu Adam Azriff melalui ujian itu.

    Menurut Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 35, dia kini mahu memberikan fokus terhadap anak-anak yang masih memerlukan perhatian dan kasih sayang.

    “Salam, terima kasih atas keprihatinan semua atas keadaan saya, Adam dan keluarga. Kami mohon doa semua moga beroleh tenang atas apa yang dilalui.

    “Kami mohon ruang untuk bersama tiga orang cahaya mata kecil yang perlukan banyak perhatian,” katanya.

    Kaka kekal berdiam diri tentang status rumah tangganya. – mStar

    Kaka berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram hari ini.

    Dalam pada itu, Kaka memohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan daripada beberapa pihak.

    “Maaf sekiranya Kaka dan Adam tak dapat dihubungi untuk respons banyak pertanyaan awda,” jelasnya.

    Pada Isnin lalu, berita mengenai rumah tangga Kaka didakwa bercerai mula tersebar di media sosial.

    Bagaimanapun penyanyi itu memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang perkara tersebut sehingga ke hari ini, kongsi mStar.

    Difahamkan, mereka melakukan lafaz cerai berkenaan secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam, Selangor. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda