Penyanyi Kaka Azraff selamat melahirkan cahaya mata ketiga secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Damansara, Selangor pada pukul 6:03 pagi, Isnin.
Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 34, meluahkan rasa syukur kerana proses kelahiran berjalan lancar dan memaklumkan anak damit lelaki seberat 2.75 kilogram itu berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah, Subuh tadi (Isnin) saya selamat melahirkan anak ketiga secara normal pada pukul 6:03 pagi.” – mStar
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.