Wednesday, July 16, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaka buat suami cemburu

    Penyanyi Kaka Azraff mendedahkan terpaksa membuat suami cemburu sebagai taktik memujuknya berlakon dalam video muzik single terbaharu berjudul Janjiku.

    Kaka berkata, dia terpaksa memaklumkan kononnya ada babak bersentuhan dan berpelukan bersama pelakon lelaki. Tidak sangka, suaminya, Adam Azriff terus bersetuju untuk tampil dalam video muzik arahan Adriana Tunku itu.

    “Ketika berbincang mengenai pembikinan video muzik pada peringkat awal, pihak produksi mencadangkan nama Adam dan anak, Aslan. Saya memang teruja mendengarnya.

    “Namun, Adam menolak apabila saya bertanya. Nak tak nak, saya kena pancing Adam dengan menunjukkan pelakon yang akan menggantikan tempatnya itu.

    “Apabila Adam melihat pelakon lelaki itu kacak, berambut kerinting dan menepati cita rasa, dia terpaksa bersetuju untuk berlakon dalam video muzik ini,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran single Janjiku, baru-baru ini.

    Turut hadir, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy, Pengarah A&R Warner Music Malaysia, Raqiem Brian dan komposer lagu, MFMr dan Tysha Tiar.

    Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff berkata, video muzik itu cukup dekat dengan kehidupannya kerana ia diangkat daripada kisah benar.

    “Single Janjiku ini berkisar kepada jatuh dan bangun kami sebagai pasangan suami isteri. Pada peringkat awal, saya memutuskan mahu berkahwin dengan Adam, ramai tidak bersetuju dengan alasan tidak mampu untuk menjaga saya.

    “Banyak perkara yang berlaku menjatuhkan semangat kami. Namun, kami berjaya melaluinya hingga tahap ini. Biasalah, suami isteri mana yang tiada berselisih faham.

    “Saya tak malu nak tunjuk pada khalayak kerana mahu mereka menjadikan apa yang kami lalui sebagai inspirasi,” kata penyanyi lagu Gila ini.

    Dalam perkembangan lain, Kaka mengucapkan terima kasih kepada pelakon dan penyanyi, Zizan Razak kerana percaya kepada bakatnya dan menjadi orang pertama memperkenalkannya dalam dunia nyanyian. – Agensi

    Kaka Azraff mendedahkan terpaksa membuat suami cemburu sebagai taktik memujuknya berlakon dalam video muzik single terbaharu berjudul Janjiku. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda