Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaka nak ‘jarak’ tambah anak

    Baru sahaja menimang anak lelaki ketiga, penyanyi lagu Gila, Kaka Azraff , 34, masih belum memikirkan sama ada akan berehat atau cuba mendapatkan cahaya mata perempuan pula.

    Buat masa ini, katanya, dia mahu memberikan tumpuan kepada tiga cahaya mata yang masih kecil iaitu Aslan, 4, Aryan, 2, dan Atta, sebulan lebih.

    Justeru, Kaka berkata, dia menyerahkan soal zuriat yang seterusnya kepada takdir.

    “Setakat ini, belum terfikir soal menambah cahaya mata. Bila mengenangkan proses mengandung sangat berat, mungkin saya jarakkan dahulu.

    “Lagipun, saya ingin tumpu kepada tiga cahaya mata yang ada. Mujur, saya dan suami bekerja sendiri, jadi mudahlah kami uruskan masa.

    Kehadiran tiga cahaya mata tidak sedikit pun menjejaskan kerjaya Kaka sebagai penyanyi, malah rezeki semakin melimpah ruah. – mStar

    “Jika saya sibuk, suami tolong tengokkan anak. Saya ada pembantu rumah sejak hamilkan anak ketiga lagi. Ini kerana kami nak biasakan diri dengan keadaan baharu.

    “Walaupun ada pembantu, perasaan risau meninggalkan anak tetap ada, lebih lagi, bila baca macam-macam kisah pembantu rumah.

    “Bagi menjaga keselamatan, kami meletakkan CCTV di rumah supaya dapat memantau anak-anak sekiranya tiada di rumah,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada sidang media Pertandingan Asli Battle of the Bands, baru-baru ini.

    Kaka yang bakal menjadi penyanyi undangan pada Pertandingan Asli Battle of the Bands berkata, dia teruja melihat sendiri bakat dimiliki orang Asli yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

    Mengulas kerjaya nyanyian, Kaka berkata, kehadiran cahaya mata tidak sedikit pun menjejaskan kerjaya sebagai penyanyi.

    Kaka berkata, keutamaan kepada anak-anak dan yakin Tuhan susun rezeki bersesuaian mengikut kemampuan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda