Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kakak tewaskan adik untuk raih emas Sukma

    KUALA LUMPUR, 23 SEPT – Atlet tenis Terengganu Sara Alisha Nayar berdepan detik ‘gembira dalam duka’ selepas menewaskan adiknya Anja Samia Nayar, sekali gus meraih emas acara tenis perseorangan wanita Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 hari ini.

    Pada perlawanan final berlangsung di Kompleks Sukan Jalan Duta, pertemuan pasangan beradik mewakili kontinjen Terengganu itu mempamerkan permainan cukup menarik sebelum Sara Alisha, 21, mendahului perlawanan set pertama dengan keputusan 6-1.

    Tidak diberikan laluan mudah kepada kakaknya, Anja Samia, 17, bangkit di set kedua dan seketika berjaya mendahului 1-2 sebelum dominasi itu ditamatkan menerusi kemenangan Sara Alisha 7-4 dalam perlawanan berlangsung lebih sejam itu.

    “Pengalaman yang pahit dan manis buat saya, namun sudah pasti saya gembira untuk menang namun turut sedih kerana kalahkan adik (Anja). Kami bermain dengan baik sekali di final ini.

    “Jika diikutkan berlawan dengan Anja lebih sukar, kerana dia merupakan pemain pilihan pada Sukma ini,” katanya kepada pemberita di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...