Monday, May 12, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kakapo mungkin ditegah sertai pertandingan burung

    WELLINGTON, 17 OKT – Burung nuri paling gemuk di dunia tidak boleh terbang dan sekarang ia juga tidak boleh berlari.

    Pengundian bermula hari ini dalam pertandingan Bird of the Year (Burung Tahunan New Zealand), dengan ramai yang marah sehingga mengharamkan kakapo yang telah menang dua kali pada 2008 dan 2020, dan naib juara pada 2021.

    Kakapo menjadi kegemaran untuk menang tahun ini, mendapat sokongan daripada ikon sejarah semula jadi David Attenborough, yang menyifatkannya sebagai ‘mudah disayangi’ dan burung New Zealand kegemarannya.

    Namun kali ini penganjur berkata mereka mahu memberi peluang kepada burung yang kurang popular.

    “Keputusan untuk tidak menyertakan kakapo dalam senarai calon tahun ini bukanlah satu yang kami ambil mudah,” kata Ellen Rykers, jurucakap kumpulan alam sekitar Forest and Bird, kepada AFP. – AFP

    Kakapo bersama anaknya di Pulau Codfish, New Zealand. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda