Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kaki belum pulih tapi Britney Spears gigih memandu

    Belum pulih dari kecederaan kaki terseliuh, kelibat penyanyi Briteny Spears memandu kereta mewahnya menjadi perhatian.

    Menurut laporan TMZ, Britney sepatutnya melakukan pembedahan dengan kadar segera agar kecederaan yang dialami tidak berlarutan.

    Namun menerusi beberapa foto yang tular memaparkan dia bukannya berehat di rumah sebaliknya memandu kereta menjemput teman lelakinya iaitu Paul Richard Soliz.

    Malah Briteny juga sempat dilihat menukar tempat pemandu ke penumpang selepas teman lelakinya tiba.

    Sebelum ini, Britney dilihat dalam keadaan ‘mengerikan’ selepas dipercayai bergaduh dengan teman lelakinya.

    Dia berada dalam keadaan luar kawalan apabila menjerit-jerit di kawasan lorong kediamannya sehingga terpaksa menghubungi pasukan paramedik.

    Bagaimanapun, Britney rupanya hanya mengalami kesakitan akibat buku lali terseliuh. – Agensi

    Britney dan teman lelaki kelihatan gembira bersama. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...