Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaki judi didenda $800 seorang

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2KUALA BELAIT, 27 Jan – Dua orang lelaki warga Malaysia dijatuhi hukuman denda $800 setiap seorang oleh Mahkamah Kuala Belait, semalam, atas pertuduhan bermain judi pada 2010.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Kennedy Wong Kim Hui, 29 dan Chai Han Hua, 42, yang mengaku bersalah bermain judi ‘Traffic Light’ di sebuah rumah kayu tidak bernombor di Kampung Baru, Seria pada 4 Disember 2010.

    Dalam menjatuhkan hukuman, Majistret Dewi Norlelawati mengambil kira kedua-dua mereka adalah pesalah pertama namun memberi peringatan yang tegas bahawa kesalahan yang dilakukan bukanlah satu perkara yang remeh-temeh.

    Jika kedua-duanya gagal membayar denda, mereka akan dipenjarakan selama seminggu.

    Kedua-dua tertuduh didakwa oleh Pegawai Pendakwa, Dr. Mohammad Hussin Ali bin Idris mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka, Penggal 28 yang memperuntukkan denda $10,000 dan penjara selama enam bulan.

    Kedua-dua mereka diberkas oleh anggota polis dari Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat sekitar jam 4:10 pagi.

    Kedua-dua tertuduh merupakan lapan orang yang ditahan di mana polis menemui wang berjumlah $121 dari Kennedy Wong dan $624 dari Chai Han.

    Siasatan mendapati wang itu digunakan oleh tertuduh untuk bermain judi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda