Sunday, January 19, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kakitangan bank curi AS$6.6 juta dari peti deposit selamat

    TOKYO, 17 DIS – Bank terbesar Jepun kelmarin memohon maaf berhubung dakwaan kecurian lebih AS$6.6 juta oleh seorang kakitangan yang membabitkan peti deposit selamat milik pelanggan.

    Dalam kenyataan rasmi, Mitsubishi UFJ Financial Group, Inc (MUFG) memaklumkan siasatan mendapati kecurian yang telah disahkan melibatkan kira-kira 20 daripada 60 pelanggan yang dipercayai terjejas, dengan jumlah keseluruhan bernilai hampir AS$2 juta. Pampasan sedang dalam proses rundingan.

    Insiden itu dilaporkan berlaku di dua cawangan MUFG di Tokyo antara April 2020 hingga hujung Oktober tahun ini, sebelum masalah tersebut berjaya dikesan.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MUFG, Junichi Hanzawa berkata seorang pekerja wanita yang bertanggungjawab menguruskan peti deposit selamat dan kunci berkaitannya disyaki menyalahgunakan kedudukannya untuk mencuri wang tunai dan barangan berharga pelanggan.

    “Kes ini telah merosakkan kepercayaan dan keyakinan pelanggan terhadap kami serta menjejas asas perniagaan perbankan,” katanya pada sidang media, sambil memohon maaf atas kebimbangan dan kesulitan yang dialami pelanggan MUFG.

    Menurut MUFG, pekerja itu mengakui menggunakan wang yang dicuri untuk tujuan pelaburan dan peribadi. Individu berkenaan telah dipecat serta sedang memberi kerjasama dalam siasatan dalaman bank dan pihak polis, namun belum ditahan. – AP

    Hanzawa (dua kiri), tunduk hormat semasa sidang akhbar di Tokyo, pada 16 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda