Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kakitangan lancar mogok, Menara Eiffel ditutup

    PARIS, 19 FEB – Menara Eiffel, salah satu tarikan pelancong utama dunia, ditutup hari ini selepas kakitangan melancarkan mogok, kata kesatuan sekerja kepada AFP.

    Mogok itu, yang diadakan untuk membantah cara monumen itu dikendalikan dari segi kewangan, boleh dilanjutkan, kata mereka.

    Pengendali menara itu, SETE berkata dalam laman webnya bahawa ‘lawatan ke monumen itu akan terganggu hari ini’.

    Ia menasihatkan pemegang tiket untuk menyemak laman webnya sebelum datang, atau menangguhkan lawatan mereka. Pemegang e-tiket diminta menyemak e-mel mereka untuk maklumat lanjut.

    Ia merupakan mogok kedua di Menara Eiffel dalam tempoh dua bulan atas sebab yang sama.

    Kesatuan telah mengkritik pengendali SETE kerana model perniagaannya yang dikatakan berdasarkan anggaran yang diperbesarkan bagi bilangan pengunjung masa hadapan sambil meremehkan kos pembinaan.

    Menara Eiffel merupakan mercu tanda paling terkenal di Paris, menarik hampir tujuh juta pengunjung setahun, kira-kira tiga perempat daripadanya adalah warga asing, menurut laman webnya. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda