Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Kakitangan Lufthansa mogok dua hari

    FRANKFURT, 4 MAC – Penumpang Jerman bersedia menghadapi gangguan baharu selepas kesatuan pekerja hari ini menggesa untuk mengadakan mogok semula di Lufthansa dan pengendali kereta api Deutsche Bahn, peningkatan terbaharu dalam siri perbalahan berhubung kenaikan gaji yang dicetuskan inflasi.

    Kakitangan darat Lufthansa akan melancarkan mogok selama dua hari mulai Khamis ini, kesatuan Verdi mengumumkan, menuduh pengurusan di kumpulan syarikat penerbangan itu tidak menunjukkan ‘kerelaan’ untuk mengemukakan tawaran yang lebih baik.

    Mogok itu akan memberikan kesan kepada perkhidmatan penumpang dari pukul 3 pagi pada Khamis hingga 6:10 pagi pada Sabtu, kata Verdi.

    Gesaan itu dibuat kurang seminggu selepas mogok terakhir, apabila kakitangan darat di bahagian sokongan teknikal dan unit latihan penerbangan Lufthansa berhenti bekerja. Bagaimanapun, mogok itu tidak menjejaskan perjalanan penumpang.

    Ketua perunding, Verdi Marvin Reschinsky berkata ‘sungguh menyedihkan’ bahawa penumpang sekali lagi akan melihat rancangan perjalanan mereka terjejas.

    “Dengan mengabaikan permintaan kami untuk berunding, Lufthansa memberitahu kami bahawa ia hanya akan bertindak apabila tekanan semakin meningkat,” katanya.

    Verdi meminta kenaikan gaji sebanyak 12.5 peratus untuk pekerja yang diwakilinya, atau sekurang-kurangnya AS$542 lebih sebulan.

    Lufthansa telah menawarkan kenaikan gaji tempoh yang lebih lama tetapi tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan Verdi, kata kesatuan itu. – AFP

    Poster dengan slogan ‘Amaran mogok!’ ditampal oleh kakitangan yang mogok di Lufthansa Technik di Hamburg, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...