Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kakitangan perubatan bakal ketahui nasib

    BUENOS AIRES, 23 JUN – Lapan orang kakitangan perubatan akan dihadapkan ke mahkamah kerana jenayah kecuaian yang mengakibatkan pemain bola sepak legenda Argentina, Diego Maradona meninggal dunia ketika menjalani rawatan selepas pembedahan.

    Hakim memerintahkan untuk menjalankan perbicaraan bagi kesalahan membunuh ke atas lapan orang kakitangan, termasuk doktor dan jururawat keluarga Maradona berdasarkan bahan bukti, mereka gagal mengambil tindakan yang boleh mengelak kepada kematian tersebut pada November 2020.

    Tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan.

    Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun ketika menjalani pemulihan selepas pembedahan otak yang disebabkan saluran darah yang tersumbat, dan selepas beberapa dekad bertarung untuk pulih daripada ketagih kokain dan minuman keras.

    Dia ditemui mati akibat serangan jantung, dua minggu selepas pembedahan tersebut di sebuah rumah sewa di kejiranan eksklusif Buenos Aires selepas dia keluar dari hospital.

    Gambar fail Diego Maradona selepas perlawanan antara Argentina dan Korea Selatan semasa Piala Dunia di Mexico City, 2 Jun 1986. – AFP

    Seramai 20 pakar perubatan dipanggil oleh pendakwa raya umum Argentina dan menerusi perjumpaan tersebut pada tahun lalu, pendakwa raya membuat kesimpulan bahawa rawatan yang diterima oleh mendiang Maradona adalah ‘tidak mencukupi dan terdapat masalah etika perubatan’.

    Pemain bola sepak legenda itu berkemungkinan mempunyai peluang untuk hidup dengan rawatan yang mencukupi di sebuah kemudahan perubatan yang sesuai.

    Para pakar mendapati bahawa penjaganya meninggalkan Maradona yang kesakitan untuk tempoh yang lama sehingga mengakibatkan kematiannya.

    Pendakwa raya membuat rayuan agar penjaganya menjalani perbicaraan atas jenayah kecuaian yang membunuh, mendakwa bahawa mereka membiarkan dia ‘menerima nasibnya’.

    Lapan kakitangan perubatan berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah atas jenayah membunuh atas kecuaian yang dilakukan secara sengaja. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...