Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kakitangan universiti lancar mogok di UK

    MOSCOW, 20 MAC – Kakitangan universiti hari ini melancarkan mogok menuntut pelaksanaan kenaikan gaji yang lebih tinggi di tengah-tengah peningkatan kos sara hidup di United Kingdom.

    Mogok serupa juga dijadual berlaku pada Selasa dan Rabu, lapor Sputnik berdasarkan maklumat yang diberikan oleh kesatuan sekerja British.

    Secara keseluruhan, kira-kira 70,000 ahli kesatuan daripada 150 universiti di seluruh daerah akan mengambil bahagian dalam demonstrasi itu selain pertikaian berterusan mengenai gaji, kontrak dan pencen, lapor penyiar UK Sky News.

    UK telah menyaksikan beberapa siri mogok oleh penjawat awam sejak beberapa bulan lalu.

    Orang ramai meluahkan rasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi yang semakin teruk akibat kenaikan harga barang dan inflasi yang melambung.

    Kakitangan perkhidmatan kereta api, pejabat pos, lapangan terbang dan peguam, antara lain telah mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan itu. – Bernama

    Salah satu mogok yang diadakan meminta kenaikan gaji yang lebih tinggi oleh para doktor di Hospital St Mary di London. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...