Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kaktus unik Florida pupus akibat kenaikan paras laut

    WASHINGTON, 10 JULAI – Spesies pokok kaktus yang jarang ditemui telah pupus di Florida, dalam apa yang dipercayai spesies pertama lenyap akibat kenaikan paras laut di Amerika Syarikat (AS), kata para penyelidik kelmarin.

    Kaktus pokok Key Largo (Pilosocereus millspaughii) dihadkan kepada satu populasi kecil di Florida Keys, sebuah kepulauan di luar pesisir hujung selatan negeri berkenaan, pertama kali ditemui pada 1992 dan dipantau secara berkala sejak itu.

    Namun gangguan air masin yang disebabkan kenaikan laut, hakisan tanah akibat ribut dan air pasang, dan pemakanan tumbuhan oleh mamalia memberi tekanan yang besar ke atas populasi terakhir itu.

    Menjelang 2021, kumpulan dengan kira-kira 150 batang dalam hutan bakau terpencil yang hidup subur sebelum ini telah merosot secara mendadak kepada enam pokok yang rapuh dan bergelut, yang telah dipindah oleh para penyelidik untuk penanaman di luar tapak dalam usaha memastikan kelangsungan hidup tumbuhan berkenaan.

    “Malangnya, pokok kaktus Key Largo mungkin menjadi faktor penentu bagaimana tumbuhan pantai rendah lain akan bertindak balas terhadap perubahan iklim,” kata Jennifer Possley, pengarah pemuliharaan serantau di Fairchild Tropical Botanic Garden.

    Possley merupakan pengarang utama dalam kajian yang diterbitkan kelmarin dalam Journal of the Botanical Research Institute of Texas yang mendokumentasikan kemerosotan spesies tersebut. – AFP

    Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda